Syeikh Musthafa al-Siba’ie (1915-1964)
Syeikh Musthafa al-Siba’ie sebelah kiri bersama dengan Syeikh Hassan al-Banna dan seorang lagi tokoh Ikhwan Syria, semasa berjihad menentang pendudukan Israel di Palestin.
Beliau dilahirkan di bandar Homs, Syria pada tahun 1915 di kalangan keluarga ilmuan, beragama dan sering berjihad. Bapanya iaitu Husni al-Siba’ie adalah seorang ulama yang terkenal di Homs dan menjadi khatib di masjid utama bandar tersebut. Beliau memulakan pengajiannya dengan menghafal al-Quran al-Karim dan ilmu asas dalam pengajian Islam.
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di sekolah kerajaan sehingga tamat sekolah menengah pada tahun 1930. walaupun begitu, bukanlah pendidikan dari sekolah kerajaan merupakan satu caranya dalam menambahkan pengetahuan. Beliau tetap mengunjungi pengajian dan kuliah-kuliah ilmu di masjid yang bertaburan di Syria.
Pada tahun 1933, beliau menyambung pengajiannya di dalam fakulti Fiqh di Universiti al-Azhar, Mesir. Selepas selesai pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda, beliau meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana (master) di universiti yang sama di bidang Usul al-Din.
Tidak cukup dengan itu, beliau telah menamatkan pengajiannya di bidang ijazah kedoktoran dengan tajuk tesisnya yang dibukukan iaitu al-Sunnah dan kedudukannya dalam Syariat Islam (السنّة ومكانتها في التشريع الإسلامي). Kajian akhirnya ini adalah kritikan terhadap sumber orientalis yang mengelirukan umat Islam berkaitan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang dipelopori oleh Ignez Goldziher dengan penuh ilmiah.
Pulangnya ke Syria, beliau telah bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah di bandar Homs. Ketika itu, tidak terdapat sebuah sekolah yang benar-benar mempunyai metod pengajaran berkesan dalam mencapai matlamat pendidikan. Beliau berusaha mengasaskan sebuah kolej Arab yang lebih sistematik dengan metod pendidikan berkesan di Damsyik dan beliau menjadi pengetuanya. Pada tahun 1950, beliau telah bertukar ke Fakulti Perundangan di Universiti Damsyik sebagai tenaga pengajar di sana.
Sewaktu bertugas di sana, beliau merasakan perlunya sebuah fakulti khusus berkaitan dengan Syariah Islam bagi melestarikan pengajian Islam di Syria. Lantas beliau bertungkus lumus cuba menubuhkan fakulti pengajian tersebut sehingga tertegaknya fakulti yang diimpikannya itu pada tahun 1955.
Beliau bukan sahaja mengajar sebagai seorang guru atau pensyarah di universiti. Tidak juga hanya seorang ketua jabatan di Fakulti Fiqh dan Mazhabnya. Tetapi, beliau adalah seorang yang sangat cergas dalam bidang keilmuan dengan menyampaikan risalah dakwah di dalam kuliah-kuliah masjid untuk masyarakat.
Kecekalannya dalam menyebarkan dakwah ini membuatkan beliau sering jatuh sakit. Namun beliau tetap melawan segala penat lelah ini dengan katanya, “Adalah lebih baik aku mati dalam menjalankan tugasku semata-mata kerana Allah daripada aku mati di atas katilku kerana ajal itu di tangan Allah. Keperitan yang aku rasai akibat para penuntut ilmu yang terhalang daripada mendapatkan ilmunya dariku adalah lebih dahsyat dan lebih teruk daripada kesakitan anggota tubuhku ini. Kepada Allah sahajalah segala perhitungan dan kepadaNya aku bertawakal.”
Beliau bukan sahaja seorang yang hidup mendasari aspek akademik semata, bahkan beliau turut berkecimpung di dalam arena politik demi kebajikan masyarakatnya. Beliau menjadi wakil rakyat di dalam parlimen Damsyik dan turut terpilih sebagai timbalan ketua parlimen. Beliau turut membahaskan perlembagaan negara sehingga kesungguhannya itu menjadikan negara Syria beridentitikan sebuah negara Islam. Beliau turut mengasaskan beberapa buah akhbar seperti akhbar al-Manar yang diterbitkan sehingga tahun 1930.
Pada tahun 1955 pula, beliau menerbitkan akhbar al-Shihab yang berterusan hingga tahun 1958. Dalam jangka waktu yang sama beliau telah turut menerbitkan majalah al-Muslimun yang kemudiannya digantikan dengan nama Majalah Hadharah al-Islam sejak tahun 1958. Beliau menderita penyakit lumpuh sebelah badan pada akhir umurnya dan terlantar lebih kurang 8 tahun di katil. Akhirnya beliau dijemput Allah Taala ke hadratNya pada hari Sabtu tahun 1964. Semoga Allah merahmatinya.
Antara karya yang telah beliau hasilkan dan dinikmati oleh umat Islam hingga kini seperti berikut:
ـ أحكام الزواج والخلالة.
ـ أحكام الوصاية والوصية.
ـ أحكام المواريث.
ـ الوصايا والفرائض.
ـ أخلاقنا الاجتماعية.
ـ اشتراكية الإسلام.
ـ السنة ومكانتها في التشريع الإسلامي.
ـ أحكام الصيام وفلسفته.
ـ نظام السلم والحرب في الإسلام.
ـ الدين والدولة في الإسلام.
ـ مشروعية الإرث وأحكامه في الإسلام.
ـ المرونة والتطور في التشريع الإسلامي.
ـ القلائد من فرائد الفوائد.
ـ هكذا علمتني الحياة.
ـ المرأة بين الفقه والقانون.
ـ من روائع حضارتنا.
ـ الأحوال الشخصية.
ـ السيرة النب
ـ أحكام الوصاية والوصية.
ـ أحكام المواريث.
ـ الوصايا والفرائض.
ـ أخلاقنا الاجتماعية.
ـ اشتراكية الإسلام.
ـ السنة ومكانتها في التشريع الإسلامي.
ـ أحكام الصيام وفلسفته.
ـ نظام السلم والحرب في الإسلام.
ـ الدين والدولة في الإسلام.
ـ مشروعية الإرث وأحكامه في الإسلام.
ـ المرونة والتطور في التشريع الإسلامي.
ـ القلائد من فرائد الفوائد.
ـ هكذا علمتني الحياة.
ـ المرأة بين الفقه والقانون.
ـ من روائع حضارتنا.
ـ الأحوال الشخصية.
ـ السيرة النب
No comments:
Post a Comment