SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

05 February 2015

Pesawat Taiwan terhempas.

TAIPEI – Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan 18 lagi hilang selepas sebuah penerbangan TransAsia Airways milik Taiwan yang membawa 58 penumpang dan anak kapal terhempas ke dalam Sungai Keelung di sini sejurus selepas berlepas semalam, kata pegawai dan media tempatan.

Gambar dramatik yang dirakam dan dimuat naik ke laman Twitter oleh seorang penunggang motosikal menunjukkan pesawat enjin kipas jenis ATR 72-600 itu berputar di kawasan lebuh raya berdekatan lapangan terbang di pusat bandar ini selepas kapal terbang tersebut berlepas menuju ke Pulau Kinmen.


Rakaman televisyen menunjukkan beberapa penumpang memakai jaket keselamatan berenang menuju ke tebing sungai berkenaan.

Nahas itu merupakan yang kedua melibatkan TransAsia Airways dalam tempoh enam bulan.

Pasukan penyelamat menaiki sejumlah bot getah mengelilingi badan Penerbangan GE235 itu yang separuh timbul di sungai berkenaan untuk cuba memindahkan mangsa.

Sejurus selepas nahas berlaku, Jabatan Penerbangan Awam Taiwan menyatakan dua orang telah terbunuh. Namun, media Taiwan kemudian melaporkan bahawa angka kematian terus meningkat.

Jabatan berkenaan melaporkan bahawa 15 orang telah diselamatkan sekali gus membayangkan bahawa terdapat banyak mangsa yang masih hilang.

Menurut beberapa pihak berkuasa lain, pesawat berkenaan membawa seramai 58 penumpang dan kru termasuk 31 pelancong dari Tanah Besar China.

Cuaca cerah semasa kapal terbang tersebut berlepas.

Rakaman yang disiarkan stesen televisyen Taiwan dan klip video YouTube menunjukkan sayap kiri pesawat itu terlanggar sebuah jambatan selepas cuba mengelak daripada merempuh sebuah apartmen pada jarak cuma beberapa meter.

TransAsia Airways merupakan syarikat penerbangan ketiga terbesar di Taiwan.

Sebuah pesawat ATR 72-500 milik penerbangan berkenaan terhempas ketika cuba mendarat di Pulau Penghu pada Julai tahun lalu yang menyebabkan 48 daripada 58 penumpang dan krunya terbunuh. – Reuters

Artikel Penuh: kosmo

No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...