Entry ni ditujukan kpd sahabat saya yang sudah mendapat tawaran berkhidmat sebagai guru novis. So, saya mengucapkan SELAMAT BERKHIDMAT. Didiklah ank murid kita menjadi hamba yag taat kepada Allah dan Rasul. oleh sebab ada dikalangan guru yang berposting tiada kenderaan so saya mencadankan agar sahabat boleh apply skim yang dibuat bank Islam. saya cadangkan memilih kereta produa disebabkan harga kereta agak murah dan mampu untuk kita bayar.
Pembiayaan Kenderaan Gradhitz-I adalah berlandaskan Murabahah Perjanjian Jualan Kenderaan Secara Penjualan Kepada Orang Yang Menempah (Murabahah To The Purchase Orderer (“MPO”)),
Setelah berusaha gigih menamatkan pengajian, tiba masanya untuk anda memiliki kereta sendiri. Nikmati kemudahan pembiayaan sehingga 100% kami pada kadar yang mampu dibayar serta tempoh pembayaran semula yang fleksibel. Kini anda bersedia untuk menempuh gerbang kejayaan.
CIRI-CIRI
Margin Pembiayaan
Sehingga 100% dari harga jualan keatas kenderaan nasional dan Bukan Nasional
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 9 tahun
Kadar Pembiayaan
Sila rujuk Pusat Pembiayaan Automobil Bank Islam yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat kadar pembiayaan terkini
Kelayakan
Umur pemohon antara 20-30 tahun;
Graduan yang memiliki sekurang-kurangnya Diploma dari Universiti /Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf;
Status pekerjaan adalah tetap atau kontrak bagi majikan seperti berikut:
Badan Kerajaan dan Badan Berkanun
Syarikat Yang Tersenarai di Bursa Saham yang terpilih
Syarikat yang dimiliki oleh Bumiputra/kerajaan Malaysai (GLC)
Lain-lain Syarikat Swasta yang berdaftar sebagai Pakej di Bank Islam;
Berpendapatan Tetap
Dokumen Yang Diperlukan
Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang);
Salinan Memandu yang sah;
Salinan Skrol / Transkrip akademik
Salinan Penyata Pendapatan 3 bulan terkini; dan
Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini (akaun gaji); atau
Penyata KWSP terkini / Penyata Gaji Tahunan; atau
Lain-lain dokumen sokongan yang boleh diterima pakai oleh pihak Bank sebagai bukti pendapatan tambahan
Manfaat
Margin pembiayaan yang tinggi – sehingga 100% dari harga jualan
Kadar Pembiayaan yang tetap dan kompetitif
Harga Jualan diketahui dan tetap
Tiada kos tersembunyi atau caj tambahan
Ibra’ (Rebat) diberikan ke atas penyelesaian awal
Kelulusan segera
Ta’widh (Gantirugi)
Pelanggan dengan ini bersetuju untuk membayar kepada Bank caj lewat bayar dengan cara ta’widh (gantirugi) seperti berikut:
Sebelum tarikh matang Kemudahan Pembiayaan: Suatu jumlah yang bersamaan dengan satu peratus (1%) setahun dikira ke atas tunggakan ansuran sehingga tarikh penyelesaian penuh;
Selepas tarikh matang Kemudahan Pembiayaan: Suatu jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam dikira ke atas baki Kemudahan iaitu baki Harga Jualan setelah ditolak ibra’ (jika ada);
Hutang Selepas Penghakiman: Suatu jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas jumlah asas penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.
DENGAN SYARAT kadar ta’widh (gantirugi) boleh diubah dari semasa ke semasa oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan akan dikenakan sebagaimana yang diluluskan oleh BNM.
Syarat-syarat Am
Kelulusan adalah berdasarkan kepada personal pemohon dan kapasiti perundangan, Karakter pinjaman, paten pembayaran yang lalu, dan lain-lain keperluan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam).
Permohonan akan diproses dalam tempoh masa yang telah ditetapkan jika semua dokumen permohonan diterima dengan lengkap mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Semua terma dan syarat adalah berdasarkan kepada garispanduan yang ditelah ditetapkan oleh pihak Bank Negara Malaysia dan Bank Islam Malaysia Berhad.
TAIPEI – Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan 18 lagi hilang selepas sebuah penerbangan TransAsia Airways milik Taiwan yang membawa 58 penumpang dan anak kapal terhempas ke dalam Sungai Keelung di sini sejurus selepas berlepas semalam, kata pegawai dan media tempatan.
Gambar dramatik yang dirakam dan dimuat naik ke laman Twitter oleh seorang penunggang motosikal menunjukkan pesawat enjin kipas jenis ATR 72-600 itu berputar di kawasan lebuh raya berdekatan lapangan terbang di pusat bandar ini selepas kapal terbang tersebut berlepas menuju ke Pulau Kinmen.
Rakaman televisyen menunjukkan beberapa penumpang memakai jaket keselamatan berenang menuju ke tebing sungai berkenaan.
Nahas itu merupakan yang kedua melibatkan TransAsia Airways dalam tempoh enam bulan.
Pasukan penyelamat menaiki sejumlah bot getah mengelilingi badan Penerbangan GE235 itu yang separuh timbul di sungai berkenaan untuk cuba memindahkan mangsa.
Sejurus selepas nahas berlaku, Jabatan Penerbangan Awam Taiwan menyatakan dua orang telah terbunuh. Namun, media Taiwan kemudian melaporkan bahawa angka kematian terus meningkat.
Jabatan berkenaan melaporkan bahawa 15 orang telah diselamatkan sekali gus membayangkan bahawa terdapat banyak mangsa yang masih hilang.
Menurut beberapa pihak berkuasa lain, pesawat berkenaan membawa seramai 58 penumpang dan kru termasuk 31 pelancong dari Tanah Besar China.
Cuaca cerah semasa kapal terbang tersebut berlepas.
Rakaman yang disiarkan stesen televisyen Taiwan dan klip video YouTube menunjukkan sayap kiri pesawat itu terlanggar sebuah jambatan selepas cuba mengelak daripada merempuh sebuah apartmen pada jarak cuma beberapa meter.
TransAsia Airways merupakan syarikat penerbangan ketiga terbesar di Taiwan.
Sebuah pesawat ATR 72-500 milik penerbangan berkenaan terhempas ketika cuba mendarat di Pulau Penghu pada Julai tahun lalu yang menyebabkan 48 daripada 58 penumpang dan krunya terbunuh. – Reuters
KUALA LUMPUR: "Ayahanda agak uzur ketika dimasukkan ke wad ICU petang tadi. Selepas diberi rawatan, ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan stabil," tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebook tengah malam tadi.
Walau bagaimanapun, jelasnya doktor menyatakan ayahanda beliau memerlukan rawatan rapi untuk pemulihan lebih baik.
Menurutnya, ayahanda beliau mengidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh para doktor telah berjaya mengawalnya.
"Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik. Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan untuk kesihatan ayahanda," tulisnya lagi.
Mengenai ziarah Mursyidul Am PAS itu, beliau menyatakan ia adaalah mengikut prosedur yang ditentukan oleh pihak hospital dan dipersetujui oleh pihak keluarga.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah sedar dan menunaikan solat Subuh pagi ini.
"Saya baru selesai ziarah TGNA di HUSM pagi ini. Keadaan beliau pagi ini bertambah baik, beliau sedar dan solat subuh, boleh berbual dan minum. Alhamdulillah teruskan doa semoga Allah menyembuhkannya," tulis beliau menerusi facebook pagi ini. - HARAKAHDAILY 21/1/2015