SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

26 April 2013

Kenali Calon N04 Ayer Hitam


N04 Ayer HitamPertembungan yang paling menjadi tumpuan dalam PRU13 di Kedah pada kali ini adalah pertembungan di antara calon PAS, Ustaz Abdul Ghani Ahmad menentang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang disebut-sebut menjadi calon Menteri Besar Kedah sekiranya UMNO berjaya memenangi PRU kali ini.

Walaubagaimanapun, usaha Mukhriz bukan mudah apabila DUN Ayer Hitam adalah merupakan sebuah kubu kuat PAS dalam kawasan daerah Kubang Pasu (Parlimen Jerlun) dan calon PAS iaitu Ustaz Abdul Ghani Ahmad adalah seorang pemimpin yang cukup berpengaruh di kawasan tersebut.

Berusia 43 tahun, Ustaz Abdul Ghani yang merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempunyai pengalaman sebagai seorang peguam syariah sebelum bergiat aktif dalam politik. Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jerlun mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah apabila dilantik menjadi Exco Kerajaan negeri Kedah (2010-2013) yang memegang portfolio Penerangan dan Pembangunan Usahawan. Sebelum itu, Ustaz Abdul Ghani adalah merupakan Timbalan Speaker DUN Kedah (2008-2010).

No comments:

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...