Ada yang bertanya apa tempurung di atas kepala rakyat...
Tempurung yang dimaksudkan ialah pengalaman kehidupan di Malaysia di bawah kerajaan persekutuan BN.
Rakyat tidak pernah lagi merasai apakah ada pengemudi kapal yang lebih baik daripada BN di luar sana.
Kempen BN kali ini untuk menjurus ke arah mengajak rakyat jangan memperjudikan nasib sendiri dengan memberikan pengundi kepada pembangkang yang didakwa mereka akan membangkrapkan negara.
Semasa kerajaan Selangor memberikan air percuma, BN serang bertubi-tubi berkata polisi tersebut merugikan negeri. Tidak pernah sesekali BN terfikir pun perkara ini boleh dilaksanakan selama 56 tahun dalam pemerintahannya. Tiada negeri BN yang melakukannya. Setelah 5 tahun, BN Selangor hari ini pula menawarkan air percuma kepada rakyat di manifestonya.
Bukti tempurung BN yang diletakkan di atas kepala rakyat telah dipecahkan oleh PR di Selangor.
Di peringkat pusat pula, 56 tahun ini BN tidak pernah terfikir, mahupun terlintas bahawa harga kereta tinggi sedang menghimpit nasib rakyat. Para pemimpin senang-lenang membeli kereta menggunakan AP manakala rakyat membeli kereta pada harga yang telah dicukai tinggi.
Apabila PR menawarkan akan menurunkan harga kereta, seluruh barisan kepimpinan BN menyerang akan polisi tersebut akan membangkrapkan negara. Berkata negara akan kehilangan sumber pendapatan. Melihat sambutan rakyat tinggi terhadap tawaran PR, BN pula mengkaji akhirnya mendapati sememangnya harga kereta boleh diturunkan.
Sekali lagi tempurung BN yang diletakkan di atas kepala rakyat telah
dipecahkan oleh PR.
Oleh itu, saya sekali menyeru rakyat, terutamanya anak-anak muda, untuk memberikannya satu peluang kepada negara untuk mencuba pengemudi kapal yang lain.
Selagi kita tak cuba, selagi itu kita tak tahu. Jom try jenama kereta yang lain untuk sekali ini. Rasa sendiri perbezaannya sebelum menjatuhkan hukuman.
Pecahkan tempurung yang dipasang BN di minda anda. Anda mempunyai
pilihan yang lebih baik. Yang bagusnya, kuasa di tangan anda.
Senyum.