SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

Showing posts with label pru 13. Show all posts
Showing posts with label pru 13. Show all posts

23 April 2012

Demonstrasi Berjemaah Subuh Dahulu


Terfikirkah kita, pada tahun 80’an pernah berlaku sebuah demonstrasi di negara berakibat dari terjadinya satu tragedi besar dalam dunia Islam. Tentera Soviet Union (yang belum berpecah seperti sekarang) telah menyerang Afghanistan. Pada ketika itu Nur Muhammad Taraki, Babrak Karmal dan lain-lain tali barut komunis telah menjadi musuh yang menjemput tentera Rusia menjajah Tanah Air mereka sendiri. Pelajar-pelajar Islam di universiti tempatan ketika itu bangun melancarkan demonstrasi. Para pemimpin pelajar telah membakar emosi dan menimbulkan rasa marah yang amat sangat kepada Komunis Rusia. Bendera Soviet, patung Breznev dan Babrak Karmal telah dibakar. Ucapan yang berapi-api telah disambut oleh jeritan, “Allah hu Akbar! Allah hu Akbar!” telah bergegar di padang tempat berlakunya protes dan tunjuk perasaan.

Tiba-tiba keesokan harinya, sewaktu matahari sedang terpacak di langit yang paling tengah, - si fulan - masih tidur lagi malah belum solat subuh pula. Berhasilkah natijah demonstrasi semalam dengan melesukan diri dari perkara yang paling utama, paling wajib iaitu solat Subuh berjemaah. Sedangkan, sewaktu semangat sedang memuncak, bagaikan saat itu semua orang telah bersedia untuk dihantar ke Afghanistan untuk membantu Mujahidin bagi melancarkan jihad.

Ke mana perginya semangat berapi-api semalam? Tidak ada laungan Allah hu Akbar sekalipun untuk sekadar bertakbiratul Ihram.

Juga terfikirkah kita, pada tahun 90'an, sebuah demonstrasi rakyat Malaysia pernah berlaku akibat dari seorang bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tokoh negara, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dilucutkan jawatan kerana tuduhan-tuduhan yang tidak berasas, tidak adil. Termasuklah tragedi yang menimpa kepada Al Marhum Dato' Ishak Baharom, Mufti Selangor yang sangat kita sanjungi kerana keberanian dan tindakan wajarnya. Negara waktu itu kembali bergegar dengan laungan reformasi, jeritan bebaskan sistem kehakiman di Malaysia, pulihkan demokrasi, hormati institusi ulama' dan sebagainya. Demonstrasi itu tidak salah, tetapi wajarkah pada keesokan harinya, kita tertinggal waktu Subuh berjemaah? Lantaran kepenatan semalaman menjerit dan berteriakan.

Ke mana perginya semangat berkobar-kobar semalam? Tiada lagi jeritan BEBAS dari keempukan bantal yang diperhambakan. Tiada lagi laungan supaya menghormati nasihat dan pesan ulama yang kita sanjungi itu. Adilkah kita dengan kewajipan yang khusus Allah letakkan kepada diri kita? Terlunaskah demokrasi yang sewajibnya kita lakukan terhadap diri kita dahulu?

Dan terfikirkah kita, 2-3 tahun sebelum ini kita pernah marah dan melonjakkan perasaan tersebut di demonstrasi jalanan. Kita berteriak dengan perkataan hancur dan jahannam Israel!! Disebabkan kekejaman mereka. Kezaliman Levni dan Olmert menghancur-luluh penduduk yang sah menghuni di Palestin. Bendera Israel dipijak-pijak, dibakar-bakar, dikoyak-koyak menjadi perca kain yang bertaburan. Tetapi malangnya, pada keesokan hari kita masih terkandas Subuh berjemaah.

Cuba fikirkan mengapa terjadi demikian?

Akan gerunkah musuh Islam kepada umat yang tidak solat Subuh berjemaah ataupun tidak bangun Subuh langsung? Pada hal demonstrasi hakiki yang benar-benar menggerunkan musuh (berdasarkan pengakuan penguasa Yahudi sendiri) ialah solat Subuh secara berjemaah yang dilakukan oleh majoriti umat Islam.

15 December 2011

Jalan Runtuh Sepanjang 70 Meter



Belum habis lagi banjir di Kuantan..
dah kene jalan runtuh..
kesian orang kuantan..
mgkin disebabkan hujan yang lama kot..
sebab tu tanahnye mendap...
takpe..mintak Najib buat Jalan baru...
mesti dapat punyer..kan dah nak PRU 13..
kalau semua nak ape berita selanjutnyer..
Boleh baca DIBAWAH...
SELAMAT MEMBACA..(membaca itu amalan mulia)



KUANTAN – Aliran air bawah tanah punca utama Jalan Kuantan- Sungai Lembing di Seksyen 6 berhampiran sebuah stesen minyak berlaku runtuhan dan hakisan tanah, di sini semalam.

Runtuhan tanah sepanjang kira-kira 70 meter berlaku dalam kejadian jam 10 malam kelmarin bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tindakan pantas polis menyedari keadaan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu, Datuk Phang Tsu Ming berkata sebahagian kawasan jalan itu terpaksa di tutup untuk laluan pengguna jalan lain.

Menurutnya, faktor lain runtuhan tanah berlaku apabila hujan berterusan beberapa hari menyebabkan struktur di bawah jalan tersebut secara tiba-tiba menjadi mendap dan tidak kukuh.

12 December 2011

Hasan Ali Digugurkan?



SHAH ALAM, 11 Dis — PAS menafikan laporanMingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa telah digugurkan daripada bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang(gambar) berkata, partinya belum memuktamadkan senarai calon yang bakal bertanding kali ini.

“Isu calon belum dibawa lagi. Kami tidak tahu bila pilihan raya umum akan diadakan. Tunggu hingga hari penamaan calon.“Tidak benar, tidak benar. Kami belum melihat lagi senarai calon,” kata Hadi selepas melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di sini hari ini.

Laporan akhbar pro-Umno itu berkata Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum.Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu telah ‘disingkirkan’ oleh PAS Selangor dan direstui kepimpinan pusat.

Menurut laporan akhbar itu, PAS pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya Nasharuddin yang merupakan bekas timbalan presiden parti.

Pada 2008, Nasharudin bertanding di kerusi Parlimen di Kelantan.Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan.

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...