Assalamu'alaikum semua..
Insyallah entri kali ni berkenaan bagaimana cara atau prosedur untuk membuat permohonan POLIGAMI. Untuk berpoligami bukan senang....ia mesti ikut prosedur yaang ditetapkan agar kedua-dua pihak tidak berlaku zalim.
#Pemohon memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah (Isi borang aduan).
#Sessi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan mendapatkan panduan.
#Dapatkan borang 2 B permohonan berpoligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.
#Pemohon membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar / Pendaftar / Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa 2 orang saksi lelaki.
#Mendaftarkan kes permohonan berpoligami di Mahkamah Syariah dengan melampirkan dokumen yang berkaitan.
#Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah (ditetapkan mengikut giliran kes permohonan).
#Keputusan/perbicaraan - dapatkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23).
#Jika mendapat kelulusan, rujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah. Serahkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23) kepada pihak perempuan untuk dilampirkan dengan permohonan beliau semasa berurusan dengan Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid yang berkenaan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang 2 B (permohonan berpoligami)
-
Salinan slip gaji akhir / akuan sumpah jumlah pendapatan.
- Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri yang sedia ada.
- Salinan surat nikah dengan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
- Salinan surat beranak anak-anak.
- Pengisian borang-borang Mahkamah Syariah.
- Bayaran/fee Mahkamah.
- Surat laporan aduan Pejabat Agama.
- Bagi pemohon yang baru memeluk agama Islam, hendaklah mengemukakan kad perakuan memeluk Islam dan telah memperolehi kad pengenalan / kad pengenalan sementara yang mengandungi nama Islam.
- Surat kelulusan daripada Kor Angkatan Tentera jika pemohon seorang anggota tentera.
- Surat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia jika pemohon seorang anggota polis.
- Salinan lain-lain dokumen berkaitan.
<