SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

28 February 2013

Hanya 45 Billion sahaja

Manifesto Pakatan Rakyat (PR), yang dilancarkan kelmarin, hanya akan menelan kos RM45 bilion apabila dilaksanakan sepenuhnya kelak, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, manifesto empat teras itu mengambil kira kos aliran tunai setiap tahun untuk melaksanakan perkara-perkara yang digariskan.

Menurutnya, PR juga tidak akan melaksanakan manifesto ini sekali gus, sebaliknya secara berperingkat-peringkat.

"Jumlah keseluruhan yang diperuntukkan hanya akan menelan belanja sebanyak RM45.75 bilion.

"Ini bermakna ia tak benar seperti dakwaan BN yang mengatakan manifesto kita akan menelan belanja yang lebih besar daripada kerajaan sebelum ini.

"BN hanya nak takutkan rakyat, kita telah ambil kira aliran tunai setiap tahun dan akan dilakukan secara berperingkat kepada rakyat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tambahnya, PR juga menggunakan pendekatan yang berbeza berbanding BN iaitu mengekang pembaziran dengan membanteras rasuah dan menyusun keutamaan dalam perbelanjaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.


"Kita akan gunakan pendekatan yang berbeza dengan BN yang lebih telus," katanya lagi.

Difahamkan, kerajaan Selangor yang diperintah pembangkang dalam projek kerja raya 2012 telah dapat membuat penjimatan sebanyak 24 peratus daripada RM10 bilion yang diperuntukkan.

Oleh itu katanya, jika 24 peratus dapat dilaksanakan ke atas setiap projek di bawah kawalan kerajaan yang menelan belanja sebanyak RM206 bilion pada tahun ini, maka RM49 bilion boleh dijimatkan.

Selain itu, manifesto ini dapat dilaksanakan apabila berlakunya peningkatan hasil pertumbuhan ekonomi akan mencecah tujuh peratus.

27 February 2013

Kenapa Pilih Tanah Arab?



Assalmualaikum sumua…sudah lama rasanye tidak berbicara di sini..biasa la sibuk sikit. insyaAllah disempatan yang ada ini sya ingin berkongsi  dengan sahabat sekalian mengenai satu buku yang baru sahaja memulakan pembacaannya..Nak tau say abaca buku ape? BUKU FIQH SIRAH karangan Muhammad said Ramadhan Al-Buti..sebenarnya buku nie dah lama terbit Cuma saya jer baru nak baca..Buku ini perlu kita baca sebagai seorang muslim yang Menginginkan diRinya meMahami sirah Nabi Muhammad SAW..Baliau adalah nabi terakhir yang di utuskan oleh kepada umat manusia..

Bahagian yang saya nak cerita berkenaan dengan rahsia pemilihan Tanah Arab sebagai bermualanya Agama Islam..kalau kita nak tau semenanjung arab meruapakan kawasan diantara Rom dan Parsi..jadi Arab ni kawasan yang tenang jauh dari huru hara, tiada falsafah dan ideology seolah-olah tabiat mereka seperti “bahan mentah” yang belum dicorak..

Secara ringkasnya rahsia pemilihan arab ialah :-

1. letaknya Baitul haram yng merupakan tumpun dan kesejahteraan umat mannusia. ia juga rumah ibadat yang pertama.

2. situasi dan kedudukannya di tengah-tengah berbagai bangsa memudahkan ia tersebar.

3. hikmah Allah menjadikan bahasa ArAb sebagai media dakwah dan bahasa untuk menerang dan mentafsirkan kalam Allah untuk disampaikan.

Inilah serba seDikit raHsia kenaPa Allah piLih tanAh Arab…kenapa tak piliH tanAH Melayu…mudah-mudahan perkongsian ini member manfaAt kepada Kita suMe…

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...