SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

16 April 2012

Habib Umar Berkampung di Malaysia


Insyaallah hujung minggu ni saya bercadang nak pergi ke program ni....setakat ni saya tak pernah lagi pergi program yang dihadiri oleh ulama' berketurunan nabi...
siapa yang berkelapangan masa, tidak kira anda orang manasekalipun pon.. saya mengajak diri saya dan sahabat-sahabat sekalian untuk turut serta dalam program ini...kerana ia adalah satu satu dari taman syurga...

HUKUM MENGAMBIL UPAH MENGAJAR AL-QURAN



Hukum mengajar al-Quran fardhu kifayah. Jika dalam sebuah kampung tidak ada orang yang layak mengajar al-Quran kecuali seorang sahaja maka ketika itu fardhu ain ke atasnya mengajar al-Quran kepada orang lain. Ulama berselisih pendapat mengenai mengambil upah mengajar al-Quran. Huraiannya seperti :

a) Imam Abu Hanifah mengatakan tidak harus mengambil upah mengajar al-Quran secara mutlak.

b) Imam Hassan al-Basri, al-Sya'bi dan Ibnu Sirin mengatakan harus mengambil upah mengajar al-Quran jika tidak mensyaratkan upahnya.

c) Imam Syafie, Imam Malik dan ' Ata ' al-Tabie mengatakan harus mengambil upah mengajar al-Quran jika mensyaratkan upahnya dengan upah yang sah.

Orang yang mengajar al-Quran terbahagi kepada tiga golongan. Huraiannya ialah seperti berikut :

a) Golongan yang mengajar al-Quran semata-mata kerana Allah tanpa mengambil sebarang balasan atau keuntungan. Mereka diberi pahala di sisi Allah dan amalannya disifatkan sebagai amalan para Nabi ' Alaihim al-Shalatu Wassalam.
b) Golongan yang mengajar al-Quran dengan mensyaratkan upahnya dan mereka layak mengambil upahnya.
c) Golongan yang mengajar al-Quran tanpa mensyaratkan upahnya, jika diberi hadiah mereka akan menerimanya. Harus bagi mereka menerima hadiah.



Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...