Ada yang bertanya apa tempurung di atas kepala rakyat...
Tempurung yang dimaksudkan ialah pengalaman kehidupan di Malaysia di bawah kerajaan persekutuan BN.
Rakyat tidak pernah lagi merasai apakah ada pengemudi kapal yang lebih baik daripada BN di luar sana.
Kempen BN kali ini untuk menjurus ke arah mengajak rakyat jangan memperjudikan nasib sendiri dengan memberikan pengundi kepada pembangkang yang didakwa mereka akan membangkrapkan negara.
Semasa kerajaan Selangor memberikan air percuma, BN serang bertubi-tubi berkata polisi tersebut merugikan negeri. Tidak pernah sesekali BN terfikir pun perkara ini boleh dilaksanakan selama 56 tahun dalam pemerintahannya. Tiada negeri BN yang melakukannya. Setelah 5 tahun, BN Selangor hari ini pula menawarkan air percuma kepada rakyat di manifestonya.
Bukti tempurung BN yang diletakkan di atas kepala rakyat telah dipecahkan oleh PR di Selangor.
Di peringkat pusat pula, 56 tahun ini BN tidak pernah terfikir, mahupun terlintas bahawa harga kereta tinggi sedang menghimpit nasib rakyat. Para pemimpin senang-lenang membeli kereta menggunakan AP manakala rakyat membeli kereta pada harga yang telah dicukai tinggi.
Apabila PR menawarkan akan menurunkan harga kereta, seluruh barisan kepimpinan BN menyerang akan polisi tersebut akan membangkrapkan negara. Berkata negara akan kehilangan sumber pendapatan. Melihat sambutan rakyat tinggi terhadap tawaran PR, BN pula mengkaji akhirnya mendapati sememangnya harga kereta boleh diturunkan.
Sekali lagi tempurung BN yang diletakkan di atas kepala rakyat telah dipecahkan oleh PR.
Oleh itu, saya sekali menyeru rakyat, terutamanya anak-anak muda, untuk memberikannya satu peluang kepada negara untuk mencuba pengemudi kapal yang lain.
Selagi kita tak cuba, selagi itu kita tak tahu. Jom try jenama kereta yang lain untuk sekali ini. Rasa sendiri perbezaannya sebelum menjatuhkan hukuman.
Pecahkan tempurung yang dipasang BN di minda anda. Anda mempunyai pilihan yang lebih baik. Yang bagusnya, kuasa di tangan anda.
Senyum.
SILA KLIK DI SINI
Jom Baca
19 April 2013
05 April 2013
Hisap rokok tidak boleh jadi calon
Setiap calon PAS yang bertanding sama ada di peringkat Dewan Undangan
Negeri (DUN) atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13
(PRU13) mesti bebas rokok. Ini ditegaskan Menteri Besar Kelantan Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.
"Kalau hisap rokok, tak boleh jadi calon," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini. Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor pernah menegur sesetengah pemimpin dan penyokong PAS di Kelantan yang merokok di khalayak ramai dan pernah melarang tabiat itu.
Mesyuarat itu berlangsung sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU13.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi jaminan pihaknya tidak akan menimbulkan kekacauan pada PRU13.
"Di pihak DAP dan rakan-rakan yang lain, kita jamin penyokong dan anggota kita akan berkempen secara aman, berdisiplin dan mengikut undang-undang serta tidak akan membuat kekecohan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut disertai Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pemimpin lain pakatan pembangkang. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak hadir kerana mempunyai urusan lain.
http://news.mylaunchpad.com.my/news/election-2013/article/articleid/222369/hisap-rokok-tidak-boleh-jadi-calon-pas-nik-aziz

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)