SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

15 July 2013

Trick Kanak-Kanak ketika Berpuasa

Bagaimana dengan diri anda? Ingat lagi helah ketika mula belajar berpuasa?

“Terminum” Air di tandas

Pasti ramai yang pernah lakukan perkara ini. Minta izin guru untuk ke tandas, walhal “terminum” air ketika berkumur. Tambahan dengan cuaca yang panas terik. Waktu kecil bolehlah ya, sekarang jangan suka-suka pula ke tandas untuk buat-buat terminum air.

Puasa Setengah Hari

Ini merupakan amalan kebanyakan ibu bapa yang mula melatih anak-anak mereka untuk berpuasa. Bukan kanak-kanak sahaja, muallaf atau mereka yang baru memeluk agama Islam juga boleh dilatih berpuasa dengan cara ini. Islam bukan agama yang menekankan paksaan, malah Islam merupakan kepercayaan yang cukup fleksibel. Bagi tujuan melatih berpuasa, mungkin bagi minggu pertama, boleh puasa sehingga tengah hari ataupun puasa tidak makan tetapi masih minum, sehingga mampu menahan lapar dan dahaga sehingga satu hari. Tapi ingat, untuk tujuan latihan sahaja!

Bersahur sambil pejam mata

Jangankan zaman mula belajar berpuasa, malah sehingga tua pun masih ada mereka yang tidak larat bangun pagi untuk bersahur dan akan makan sambil pejam mata. Waktu kecil memang comel, tetapi bayangkan orang tua jika lakukan begitu, sudah tentu buruk rupanya. Ingat, bersahur boleh memberikan tenaga untuk bekerja sepanjang hari dan ia juga merupakan amalan Nabi.

Dengan itu, semoga kenangan amalan ketika kecil dapat menceriakan hari anda. Salam Ramadan!

06 July 2013

Hari Kebangkitan Rakyat Mesir



Khamis ( 4 Julai 2013 )

1) Mahkamah Dokki telah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Perdana Menteri Mesir, Dr.Hisham Qandil dan memecat beliau dari jawatan

15) Gerakan pemberontak “Tamarrud” mencalonkan tokoh pembangkang yang juga bekas Ketua Agensi Atom PBB Dr.Mohammed El-Baradei sebagai Perdana Menteri.

2) Dilaporkan Pihak berkuasa Mesir melakukan operasi tangkapan besar-besaran kepada pimpinan kumpulan Islam-Ikhwan Muslimin, Salafi dan lain-lain termasuklah bekas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Mahdi Akif pula ditangkap dalam usia beliau lebih 80 tahun.

3) Penangkapan juga berlaku keatas pekerja-pekerja stesen televisyen Misr 25, An-Nas, Ar-Rahmah dan Al-Hafiz. Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.Muhammad Sa’ad Katatni ditangkap di kediamannya & juga Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayumi.

3) Selain itu juga, larangan diberikan kepada pimpinan gerakan Hamas di Gaza, Palestin dari memasuki bumi Mesir.

4) Menutup semua saluran Siaran Islamik (17 saluran ) termasuklah Al-Jazeera, yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan penyokong Presiden Mursi , terutama di Rabaah Abawiyyah

5) Menyekat penerbitan surat khabar rasmi Parti Hurriyyah Wa ‘Adalah (FJP) serta menangkap ketua pejabat siaran langsung Al-Jazeera dan beberapa pemberita antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal.

6) Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah dan menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada himpunan penyokong Dr.Muhammad Mursi di Rabaah Adawiyyah.

7) Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr.Muhammad Mursi sehingga ramai yang mati syahid.

- See more at: http://wanfauzi.com/jumaat-kemarahan-rakyat-mesir-bangkit/#sthash.jwYukHUJ.dpuf

01 July 2013

Khalid - Insentif Perkahwinan dinaikkan

KUALA LUMPUR: Insentif perkahwinan dinaikkan kepada RM500 dan pendaftaran ke dalam skim rumah mampu milik (RMM) adalah antara tarikan yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada pasangan Selangor yang ingin berkahwin.

Pasangan pengantin baru diminta mendaftar diri dengan kerajaan negeri supaya hari bahagia mereka diraikan bersama selain menerima insentif menerusi program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, buat masa kini kerajaan negeri masih memberi RM200 kepada pasangan pengantin tetapi jumlah tersebut bakal dinaikkan kepada RM500, lapor Selangorku.

Kenaikan itu dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya umum ke-13 bulan lalu.

Menurut Abdul Khalid pendaftaran akan membolehkan kerajaan negeri mendapat maklumat jelas berhubung jumlah perkahwinan yang dilangsungkan di Selangor dan membantu proses pemberian program MES kepada mereka yang layak.

Setakat ini, kira-kira 25,000 pasangan pengantin telah didaftarkan di Selangor sejak Januari lalu.

“Antara program yang kita usahakan adalah memasukkan nama mereka dalam program pemberian Rumah Mampu Milik (RMM) supaya terpilih memiliki rumah jika termasuk dalam kategori berpendapatan sederhana dan bermastautin tetap di Selangor,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Insentif Perkahwinan Belia 2013 dan Pelancaran Laman Sesawang Belia (BES) Selangor di sini, semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrasruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi. (Gambar atas)

Seramai 191 pengantin baru menerima insentif tersebut disampaikan Menteri Besar dalam majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, mereka yang menetap di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun sudah boleh dianggap sebagai pemastautin tetap dan layak menyertai program tersebut.

Beliau menjelaskan, kerajaan negeri juga merancang menaikkan insentif pemberian tersebut dari RM200 kepada RM500.

“Selain itu apabila kita ada majlis meraikan perkahwinan beramai-ramai dan kita akan bagi hadiah lagi RM100,” katanya.

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...