SILA KLIK DI SINI

Jom Baca

25 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam Aidiladha wat sume muslimin dan muslimat..
kepada yang pulang ke kampung..berhati2 di jln rayer..
kt selangor rye haji biase2 jer...
so saya menyeru kpd blogger2 pantai timur..
boleh tak kongsi sedikit. 
Ape yang menyeronokkan bila time raye haji kat pantai timur..?
sharing is caring..:-)

22 October 2012

Kerana ISLAM

Assalamualaikum semua
Alhamdulillahi rabbi A'lamin
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW,kaum kelauarga dan para sahabat..

setelah hampir sebulan saya tidak mengupdate belog yang yang penuh sawang ini, akhirnya kali saya diberi keizinan oleh Allah untuk meluangkan masa update belog. sebenarnya pelbagai cerita yang saya hendak kongsikan. tetapi dek kerana masa yang tidak mencukupi. saya hanya menulis ape yang penting sahaja. bulan nie saya sibuk dengan program persatuan di kampus. macam -macam ada, tpi yang paling menarik bagi saya adalah program Hidayah Talk dimana program ni menjemput seorang muslimat berbangsa Cina memeluk agama Islam. beliau memeluk agama Islam sudah 5 tahun. beliau menceritakan cabaran dan halangan yang menimpa beliau setelah memeluk agama Islam. beliau hampir dibunuh disebabkan keislaman beliau. Namun beliau begitu tabah dengan sume dugaan yang menimpa beliau sehingga hari ini beliau dapat hidup dengan tenteram. Antara sebab beliau masuk Islam ialah bermimpi orang membaca ayat suci al_Quran. kisah beliau yang sungguh menghayat hati sampai sebahagian penonton menangis bila dengar kisah beliau.

Allah boleh bagi hidayah kepada sesiapa sahaja tidak bangsa dan keturunan. Kebanyakan yang memeluk agama Islam kerana ISLAM bukan kerana ORANG ISLAM. kita yang lahir2 sudah Islam masih lagi tidak mengamalkan syariat Islam menyebabkan susah untuk orang dekat dengan Islam. dalam surah Al-Baqarah ayat 256 bermaksud : "tiada paksaan dalam agama..". ayat ini adalah untuk orang bukan Islam. tetapi bila orang bergelar Muslim, WAJIB ke atasnya untuk patuh dan taat pada syariat yang ditetapkan oleh Allah.

ni baru satu cerita nie..ad banyak lagi saya nak tulis..disebabkan masa tidak ada saya akan sambung lain kali yer..lai satu minggu nie adalah

STUDY WEEK
bagi student IPGK..
so blaja elok2 yer..
bila kita ada usaha..
Insyaallah kejayaan pasti ada

03 October 2012

Kuliah Agama Bulan Oktober


Assalamualaikum..
disini saya nak share majlis ilmu bersama Syeikh Haji Muhammad Zainul Asri..
kpd spe2 yang owang utara boleh mai majlis ini...
sesungguhnya majlis ilmu merupakan salah satu taman -taman syurga..


bagi sape2 yang tak kenal Syeikh..
nie gmbar syeikh


02 October 2012

Jadual Perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2012


Malam nie akan diadakan perlawanan Bola sepak seperti yang tertera dalam jadual di bawah nie..
alahmdulillha kedua-dua pasukan feveret saya ada dalam match ini...
nk taw team mane yang saya suka..
nantikan...

UIAM Mengundi Semula


Assalmualaikum...
Pagi-pagi ie anda dikejutkan dengan satu berita yang cukup bersejarah buat mahasiswa UIAM..untuk maklumat lanjut cer bace laporan kt bawah nie..


SHAH ALAM – Pengundian semula pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang dibatalkan ekoran masalah teknikal Selasa lalu, sah dijadual berlangsung esok, di sebalik ketidakpastian sejak beberapa hari lalu.

Notis ringkas tersebut memaklumkan, proses pengundian akan diadakan bermula jam 9 pagi hingga jam 5 petang.Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Dr Burhanuddin Aziz berkata, pihaknya masih belum boleh menyatakan "ya atau tidak" berhubung soal tarikh pengundian semula, yang masih belum disahkan sehingga malam ini.

"Kita tidak mahu mewar-warkan hal ini sangat. Dari segi logik, ia perihal dalaman, jadi kami mahu perkara ini diaturkan dengan baik," katanya ketika dihubungi sekitar 8 malam tadi.
Pengundian akan membabitkan kampus induk Gombak dan Kuantan.

Beberapa jam sebelum dimaklumkan oleh sumber dihubungi Sinar Harian Online, jurucakap Pro-Mahasiswa UIAM, Mohd Saiful Mat Amin melahirkan kekecewaannya di atas kelewatan pihak universiti memuktamadkan mengenai hal tersebut.

Beliau yang dihubungi Sinar Harian Online kira-kira jam 4 petang tadi memberitahu, tiada sebarang pengesahan dibuat mengenai tarikh pengundian semula walaupun disebut-sebut akan diadakan esok.

“Sebelum ini, notis ditampal sehari sebelum tarikh pengundian, namun sekarang sudah jam 4 petang dan tiada sebarang notis ditampal.
“Masa sudah semakin suntuk jika benar pengundian diadakan esok. Pelajar pula seperti tidak menghiraukan lagi pada pilihan raya kampus ini,” katanya.

Tambahnya, tindakan itu memberi tekanan ke atas calon yang tertunggu-tunggu sejak penangguhan diumumkan, Selasa lalu.
Bahkan menurut beliau, sebarang aktiviti berkempen dilarang sama sekali sebaik pengurusan universiti memutuskan untuk menangguhkan pilihan raya tersebut diumumkan.

Mengulas soal keputusan tidak rasmi pilihan raya kampus Selasa lalu, Saiful menyatakan bahawa keputusan di UIAM sedikit menyebelahi Pro-Mahasiswa berbanding Pro-Aspirasi.
“Saya tidak menolak kemungkinan wujud kesilapan dalam sistem e-undi yang digunakan tetapi sepatutnya, tidak perlu ambil masa lama untuk ambil tindakan. _sumber_

Story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...